26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Identiti individu cuba sogok pemimpin DAP gagal dikesan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp bagi menawarkan sogokan kepada tiga Ahli Parlimen DAP.

Menurut SPRM, pihaknya memandang serius mengenai tohmahan yang mendakwa beberapa orang Ahli Parlimen DAP ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan oleh sesetengah pihak untuk memujuk mereka menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Jelas suruhanjaya itu, sehingga kini, SPRM sudah menemui tiga Ahli Parlimen DAP berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut.

“Setakat ini, SPRM tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada ahli-ahli parlimen berkenaan.

“Walau bagaimanapun, SPRM memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” kata suruhanjaya tersebut dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan beberapa Ahli Parlimen PH termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Kota Melaka daripada DAP, Khoo Poay Tiong, mendakwa dihubungi individu tertentu dan ditawarkan wang tunai bernilai berpuluh juta ringgit dan jawatan sebagai menteri jika mereka menyokong kerajaan PN.

Berikutan itu Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan siasatan kes dakwaan Ahli Parlimen Ipoh Barat, kini diserahkan kepada SPRM.

Namun Mior Faridalathrash, mengesahkan Polis Perak ada menerima laporan berkaitan kes terbabit dibuat oleh pegawai khas, Ahli Parlimen terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Perak, semalam.

“Ya. Kita memang ada menerima laporan daripada pegawai khas YB Kulasegaran, semalam, namun siasatan kes sudah kepada SPRM kerana laporan polis dibuat oleh pegawai khas Ahli Parlimen Ipoh Barat berkenaan berkaitan dengan dakwaan rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, Poay Tiong pula sudah membuat laporan dan memberi keterangan kepada SPRM semalam berhubung tawaran ‘lompat parti’ yang diterimanya, sejak Jumaat lalu.

Seorang lagi Ahli Parlimen DAP dikatakan dari Sarawak namun identitinya belum diketahui setakat ini.– EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan