27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Gangguan perkhidmatan, Pos Malaysia minta maaf

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pos Malaysia memaklumkan berlakunya gangguan perkhidmatan tempahan janji temu atas talian bagi urusniaga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, pihaknya memohon maaf atas kesulitan yang mungkin dihadapi segelintir pelanggan ketika membuat tempahan janji temu bagi urusniaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Lesen Memandu Malaysia (lesen memandu) dan insurans kenderaan.

“Kami telah menerima jumlah permintaan yang lebih tinggi daripada jangkaan, menyebabkan masalah aksesibiliti terhadap laman sesawang, aplikasi mudah alih dan sistem tempahan kami.

“Sehubungan dengan itu, kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini pada kadar segera dan kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran anda,”katanya.

Sebelum ini, memetik laporan media, orang ramai kini boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu masing-masing di kaunter-kaunter Pos Malaysia secara temu janji mulai esok.

Pos Malaysia berkata, temu janji boleh dibuat menerusi Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi bergerak terlebih dahulu mulai hari ini.

Mereka yang mahu berbuat demikian perlu memilih negeri dan cawangan pejabat pos yang dikehendaki, kemudian klik pautan yang disediakan, bagi mengelakkan kesesakan.- Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan