26.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

17,236 kes baharu harian, 212 kes kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu harian COVID-19 hari ini mencatatkan sedikit penurunan dengan sebanyak 17,236 kes baharu dilaporkan.

Dengan pertambahan kes baharu harian hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 mencecah 1,279,776 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus merekodkan kes baharu harian tertinggi iaitu sebanyak 5,740 kes.

“Diikuti Kuala Lumpur dengan sebanyak 1,567 kes, Kedah (1,328 kes), Sabah (1,247 kes), Johor (1,232 kes) dan Negeri Sembilan (1,215 kes).

“Perak pula (935 kes), Kelantan (914 kes), Pulau Pinang (908 kes), Pahang (604 kes), Sarawak (589 kes), Terengganu (501 kes) dan Melaka (360 kes).

“Selain itu, Putrajaya (66 kes), Perlis (22 kes) dan Labuan (lapan kes),” katanya terdahulu dalam perkongsian di Facebook di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 212 kes kematian COVID-19 dilaporkan pada hari ini termasuk 26 warga asing terdiri daripada 125 lelaki dan 87 wanita.

“Manakala, 16 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) iaitu membabitkan 14 warga Malaysia dan dua warga asing,” katanya.

Baca juga:   Hilang sejak 16 Jun, Ali Imran ditemukan selamat

Tambah beliau, sebanyak 372 kes (2.2 peratus) daripada jumlah kes hari ini melibatkan kategori tiga, empat dan lima manakala, 16,864 kes (97.8 peratus) daripada kategori satu dan dua.

“Ini berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Baca juga:   10,972 kes baharu, NS catat 1,340 kes, Selangor tertinggi

“Secara keseluruhan, hanya 4,556 kes (26.4 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah imunisasi COVID-19.

“Didapati 73.57 peratus kes yang baharu didiagnosis COVID-19 tidak mempunyai sejarah vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sementara itu, katanya, berkenaan dengan status vaksinasi kes COVID-19 mendapati, sebanyak 125 kes kategori lima dengan 118 kes atau 94.4 peratus tiada sejarah vaksinasi serta 57 kes kategori empat dengan 42 kes atau 73.7 peratus tiada sejarah vaksinasi telah dilaporkan.

“Sebanyak 190 kes membabitkan kategori tiga dengan 110 kes atau 57.9 peratus tiada sejarah vaksinasi manakala, 8,223 kes kategori dua dengan 5,081 kes atau 61.8 peratus tiada sejarah vaksinasi.

“Kategori satu pula merekodkan sebanyak 8,641 kes dengan 7,329 kes atau 84.8 peratus tiada sejarah vaksinasi,” jelasnya.

Katanya lagi, 36 kluster baharu lagi telah dikenal pasti melibatkan 19 kluster tempat kerja, 13 kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan dan masing-masing satu kluster keagamaan dan kumpulan berisiko tinggi.

Dalam pada itu, katanya, berhubung kadar kebolehjangkitan pada kelmarin, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07 dengan negeri mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.25) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.19) dan Sabah (nilai RT 1.17).

Baca juga:   COVID-19: Beberapa sekatan dilonggar di Singapura

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Labuan dan Perlis,” katanya.-Edisi 9

Baca juga:   6 daripada 1,000 kes Covid-19 di Malaysia meninggal dunia

Wartawan

Terkini

Harap hubungan Malaysia-Brunei terus diperkukuh – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei terus diperkukuh susulan Lawatan...

Lagi Artikel Berkaitan