25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 4, 2022

2,000 pelajar UKM terima baucar makanan sumbangan MQA

Mesti Baca

BANGI – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menyantuni kira-kira 2,000 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berada di kampus induk menerusi pemberian baucar makanan dan kit kebersihan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata aktiviti itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) MQA kepada masyarakat dan kali ini pihaknya memilih mahasiswa UKM.

Beliau berkata, dalam pandemik COVID-19, MQA memilih untuk memberi barang keperluan berkaitan kebersihan diri dan makanan supaya boleh terus dimanfaatkan oleh penerimanya.

“Diharap sumbangan diberikan ini sedikit sebanyak mampu memberi keceriaan kepada mereka (pelajar) yang belum berpeluang untuk pulang ke kampung halaman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan baucar makanan kepada Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman dan pek makanan serta kit kebersihan pada Program Prihatin MQA Bersama Pelajar IPT kepada lima wakil pelajar UKM, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ir Datuk Dr Othman A Karim dan Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM, Prof Madya Dr Roslee Rajikan dan Ketua Unit Hal Ehwal Awam & Antarabangsa (MQA International), Hasfarizal Kamaludin.

Baca juga:   MQA selesaikan isu akreditasi program di Turkiye

Mengulas mengenai inisiatif itu, Mohd Ekhwan berkata, CSR itu ialah usaha yang proaktif daripada MQA untuk membantu pelajar yang berada di kampus sementara sebahagiannya dalam proses dihantar pulang ke kampung halaman bersempena dengan cuti semester.

Baca juga:   MPN cadang sempadan negara dibuka seawal 1 Mac

“Aktiviti ini mengukuhkan lagi kerjasama antara MQA dengan institusi pengajian tinggi, bukan sahaja dalam aspek memberikan pendidikan berkualiti, tetapi juga memastikan kebajikan pelajar terbela terutama ketika pandemik COVID-19,” katanya.

Sementara itu, pelajar UKM yang ditemui menzahirkan rasa syukur atas bantuan yang disampaikan oleh MQA.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, Muhammad Adhwa Haziq Arsad, 22, berkata bantuan seperti yang disampaikan MQA dan badan bukan kerajaan lain membolehkan pelajar di kampus berada dalam keadaan kondusif.

MUHAMMAD ADHWA

Dia yang juga Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato’ Onn UKM, berkata tidak mahu pulang ke kampung buat masa ini, atas rasa tanggungjawab menguruskan kepulangan rakan senegeri selain tidak mahu mengambil risiko menjadi pembawa virus COVID-19 ke Kemaman, Terengganu.

“Makanan dan keperluan lain termasuk WiFi amat baik di UKM kerana sentiasa dijaga pihak universiti, jadi kami yang berada di kampus tidak berasa tertekan dan boleh belajar atau menyiapkan tugasan dengan tenang,” katanya.

Bagi anak kelahiran Kudat, Sabah, Siti Fazirah Amit, 22, dia mengambil keputusan tidak pulang ke kampung kerana bakal menghadapi kesukaran komunikasi untuk pulang semula ke UKM, selain kedua-dua ibu bapanya sudah meninggal dunia.

SITI FAZIRAH AMIT

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah itu berkata, keberadaan di kampus membolehkannya menjadi ‘barisan hadapan’ dengan menyertai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UKM.

Baca juga:   Angka 107, Mahathir dan Anwar 3.0?
Baca juga:   MQA, EMGS kukuh kerjasama akreditasi program pelajar antarabangsa

“Kebajikan kami di sini tiada masalah kerana banyak pihak memberi bantuan makanan dan keperluan asas kerana difahamkan UKM membuka kerjasama dengan pihak luar yang ingin menghulurkan bantuan seperti MQA,” katanya. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Status warganegara anak ibu rakyat Malaysia fokus Azalina

STATUS kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu warganegara Malaysia antara tumpuan diberikan oleh Datuk Seri Azalina...

Lagi Artikel Berkaitan