31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Najib jawab tuduhan Muhyiddin, akan kemuka saman fitnah

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduh beliau mahukan bekas Perdana Menteri itu campur tangan dalam kes mahkamahnya.

Najib berkata, tuduhan itu dibuat tanpa bukti dan atas sebab itu beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengemukakan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga akan memohon kepada mahkamah agar mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dan Datuk Wan Saiful Wan Jan kerana menghina institusi itu.

“Saya tak main propaganda. Saya tak main air liur. Saya berdasarkan bukti, kebenaran serta data dan sains. Kami cabar kamu buat laporan polis bahawa ada yang suruh kamu ganggu kes utama, kamu tak berani… Suruh kamu keluarkan bukti, kamu tak ada,” katanya malam ini.

Ketika mengumumkan peletakan jawatannya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri siang tadi, Muhyiddin berkata, dia tidak dapat mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana ada pihak yang rakus untuk merebut kuasa.

Muhyiddin berkata, beliau boleh mengambil jalan mudah dengan mengorbankan prinsipnya untuk kekal sebagai Perdana Menteri, tetapi tidak melakukannya kerana tidak mahu bersekongkol dengan kleptokrat.

“Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat, mengganggu kebebasan badan kehakiman dan membelakangi Perlembagaan Persekutuan semata-mata untuk kekal berkuasa,” kata Muhyiddin.

Baca juga:   Malaysia sumbang RM900,000 untuk mangsa banjir Pakistan

Sebelum ini Muhyiddin turut mendakwa terdapat pihak-pihak tertentu yang kurang senang dengan ketegasan beliau kerana tidak melayan beberapa tuntutan mereka.

Baca juga:   Muhyiddin tidak sepatutnya letak jawatan, kata kajian UKM

Ini termasuk desakan agar beliau mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang didakwa atas kesalahan jenayah.

Menjawab dakwaan adanya pihak yang rakus untuk merebut kuasanya, Najib berkata, sebenarnya Muhyiddin lupa bahawa dia sendiri pernah menikam belakang Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengkhianati gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Siapa yang rakus untuk kekalkan kuasa sehingga hentikan Parlimen selama tujuh bulan dan selepas dipaksa bersambung, dia tak benarkan ordinan darurat dibentang sehingga terpaksa menipu YDP (Yang di-Pertuan) Agong?

“Siapa yang rakus kuasa sehingga sanggup sogok-menyogok ahli-ahli Parlimen… Ini bukan rakus ke?” katanya

Berhubung dakwaan Muhyiddin bahawa dia tidak mahu bersubahat dengan ‘kleptokrat’, Najib berkata, kumpulan itu juga yang diminta nyawa dan naikkan dia sebagai Perdana Menteri tahun lalu.

Mengenai isu pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana 1 MDB, Najib menjelaskan, pemecatan Muhyiddin ketika itu kerana beliau berkomplot dengan Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir unruk menumbangkannya sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri sejak 2014, jauh sebelum isu 1MDB.

“Kamu fitnah bahawa kamu khianat saya sebab 1MDB.
Adakah 1MDB sebab utama kamu khianat Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawai) untuk naik ke Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri?

“Adakah 1MDB sebab utama khianat Mahathir untuk naik ke Presiden dan Perdana Menteri? Sampai sekarang dia tak nak mengaku bahawa sebab utama dia perlu undur ialah rekod dia amat teruk sekali, “katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Bonda Najib, Tun Rahah meninggal dunia
Baca juga:   'Pemeriksaan datang bulan' tak patut berlaku

Wartawan

Terkini

Lima warga asing ditahan, tiada dokumen pengenalan diri

SERAMAI lima warga asing bersama sebuah bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau...

Lagi Artikel Berkaitan