24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hati saya terhiris dilempar pelbagai tuduhan – Zahid

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui sebagai manusia biasa hatinya terhiris ekoran dilempar dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan sepanjang kemelut politik yang berlaku hari ini.

Menurutnya, ini termasuk tuduhan bahawa beliau mahu mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri, walhal tidak pernah terlintas untuk berbuat demikian walaupun mengepalai parti terbesar.

“Demi kepentingan rakyat dan negara ketahuilah, saya tidak pernah terlintas untuk menamakan diri saya sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai sebuah parti terbesar.

“Justeru, UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai pengalaman luas dan panjang dalam mentadbir negara, akan mempertimbangkan beberapa calon.

“Sehubungan itu, saya mengharapkan kerjasama serta sokongan semua Ahli-Ahli Parlimen,” kata beliau dalam kenyataan malam ini.

Beliau juga menyeru kepada seluruh ahli dan kepimpinan UMNO di semua peringkat untuk mengenepikan segala perbezaan dan kembali bertaut demi menjayakan agenda rakyat dan negara ini.

Advertisements

Sebelum itu Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perkhidmatan beliau selama menjadi Perdana Menteri sejak 1 Mac tahun lalu.

Katanya, apa yang berlaku perlulah dijadikan teladan dan dan menyeru semua pihak agar memandang ke hadapan dengan memberi tumpuan untuk sama-sama menjaga kesejahteraan rakyat dan membina kembali negara.

Muhyiddin meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan membubarkan Kabinet setelah hilang kepercayaan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat ekoran penarikan balik sokongan sebahagian Ahli Parlimen UMNO terhadap kerajaan pimpinannya.

Walaupun cuba mempertahankan kerajaan dengan menawarkan kerjasama rentas parti, namun pelawaan itu ditolak oleh UMNO dan blok pembangkang.

Muhyiddin sebelum ini bersetuju untuk membuat undi percaya di Parlimen bagi menentukan keabsahannya sebagai ketua kerajaan tetapi tidak sempat berbuat demikian dan akur dengan sumpah jawatannya agar mematuhi Perlembagaan negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan