29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 21, 2024

Zahid akan tawar diri sebagai PM, bukan Anwar?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi didakwa akan menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri jika Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal memperoleh sokongan majoriti di Parlimen atau membuat keputusan meletak jawatan.

Walaupun UMNO tidak akan memiliki jumlah sokongan yang mencukupi, Zahid dijangka memujuk ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pas dan Bersatu untuk menyokong beliau.

Sumber dalaman UMNO memberitahu, Zahid perlu mendapatkan sokongan dengan cara mana sekali pun bagi memastikan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri seterusnya ‘menyelamatkan diri’ daripada kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi.

“Zahid tidak akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri kerana bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 ‘No Anwar No DAP.’

“Zahid juga dilihat sukar untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP kerana tindakan itu akan menyebabkan ahli-ahli UMNO dan orang Melayu marah.

“Jadi, beliau akan menggunakan naratif kerajaan baharu ini perlu diterajui oleh UMNO selaku parti Melayu/ Islam terbesar di negara ini,” kata sumber tersebut.

Katanya, Zahid juga tahu sekiranya dia menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri, tiada jaminan bahawa Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP akan menggugurkan kes-kes mahkamah beliau kerana dendam parti itu terhadap kumpulan kleptokrat dan kluster mahkamah dalam UMNO.

Sebaliknya, menurut sumber itu, Zahid tahu, hanya dengan dilantik menjadi Perdana Menteri beliau berkuasa ‘melakukan sesuatu’ bagi membolehkan kes-kes mahkamahnya diselesaikan.

Sebelum ini ahli-ahli politik daripada UMNO memainkan retorik Kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal dan menderhaka kepada raja sebagai senjata untuk mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan bagi membuka ruang kepadanya menawarkan diri menjadi Perdana Menteri.

Gerakan menjatuhkan kerajaan PN dilihat semakin giat dijalankan mutakhir ini kerana Zahid bakal berhadapan perbicaraan di mahkamah pada 24 Ogos nanti.

“Pada masa ini UMNO hanya mempunyai 38 kerusi Parlimen. Beliau memerlukan sokongan daripada parti-parti lain dalam PN untuk mendapat majoriti 111 kerusi bagi menubuhkan kerajaan,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, kumpulan Zahid sedang giat memujuk Ahli-ahli Parlimen PN untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri menjelang Parlimen dibuka pada September ini. – Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda ‘bungkus’ lebih awal

SKUAD Harimau Muda “pulang awal” dalam aksi Piala Asia Bawah 23 Tahun (B23) setelah tewas 0-2 kepada Vietnam dalam...

Lagi Artikel Berkaitan