25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Hadi ulangi pendirian akan kekal bersama Muhyiddin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian akan terus bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun Ahli Parlimen Pagoh itu sudah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu memuat naik status di laman Facebook beliau bagi menyatakan penghargaan terhadap Muhyiddin dan komitmen terus bersama.

“Sebentar tadi saya menghubungi Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Advertisements

“Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita,” katanya.

Muhyiddin kini menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sebagaimana yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima peletakan jawatannya hari ini.

Beliau melepaskan jawatannya dan membubarkan Kabinet berikutan hilang sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat susulan penarikan balik sokongan UMNO terhadap kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan