34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Penjawat awam terus beri komitmen penuh – KSN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Anggota perkhidmatan awam terutamanya barisan hadapan akan sentiasa memberikan komitmen penuh dalam memastikan sistem penyampaian Kerajaan tidak terjejas berteraskan dasar sedia ada.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, anggota keselamatan terutamanya polis dan tentera akan sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menjami keamanan dan ketenteraman awam.

Menurutnya, urusan pentadbiran seharian akan diterajui oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan seperti biasa.

“Anggota perkhidmatan awam (penjawat awam) akan terus menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Malah penjawat awam ini juga akan berpegang teguh kepada ikrar Perkhidmatan Awam dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Advertisements

Mohd Zuki berkata, perkhidmatan awam komited mendukung konsep neutrality dan government of the day berlandaskan rule of law.

Menurutnya, jentera kerajaan sentiasa sedaya upaya melaksanakan semua dasar yang telah diputuskan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutamanya dalam tempoh mencabar kini.

“Segala usaha, bantuan dan inisiatif yang melibatkan peruntukan yang besar tidak akan terjejas demi kesejahteraan rakyat terutamanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang menjadi senjata ampuh dalam melawan pandemik Covid-19 ini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan