31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mahkamah panggil doktor jelaskan ketidakhadiran Zahid

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini akan memanggil seorang doktor pakar dari sebuah hospital swasta bagi menjelaskan keadaan kesihatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia susulan ketidakhadiran prosiding kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang disabitkan ke atas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Memetik laporan Sinar Harian, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata, sapina akan dikeluarkan kepada doktor tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengenai prosedur yang akan dijalankan terhadap Ahmad Zahid.

“Mahkamah juga perlu maklumat mengenai tempoh masa yang diperlukan untuk tertuduh benar-benar pulih.

“Mahkamah tidak boleh membenarkan sebarang penangguhan lagi dan akan memanggil doktor berkenaan bagi menjelaskan keadaan kesihatannya serta prosedur yang akan dijalankan,” katanya.

Advertisements

Dalam prosiding berkenaan, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Presiden UMNO itu berkata, anak guamnya tidak dapat hadir kerana akan menjalani prosedur tulang belakangnya di sebuah hospital pakar.

Menurutnya, Ahmad Zahid mengalami kesakitan akibat terjatuh dan tidak mampu duduk terlalu lama.

Ketidakhadiran Ahmad Zahid menyebabkan prosiding yang dijadualkan bermula jam 9 pagi tadi ditangguh seketika sehingga kehadiran doktor tersebut.

Hari ini, mahkamah sepatutnya mendengar penghujahan kes Ahmad Zahid, 68, yang menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan