32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kecekapan vaksinasi Malaysia dipuji isteri PM Singapura

Mesti Baca

SINGAPURA – Isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching memuji kadar vaksinasi COVID-19 Malaysia yang berupaya mencatatkan suntikan lebih 500,000 dos sehari.

“Ini adalah kadar vaksinasi di AS ketika ini, bezanya AS miliki 10 kali populasi penduduk berbanding Malaysia,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Setakat semalam, lebih 21 juta dos vaksin diberikan di seluruh negara di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu.

Sebanyak 14 juta suntikan dos pertama diberikan sementara lebih kurang tujuh juta suntikan kedua diberikan.

Kira-kira 21 peratus penduduk di negara ini telah menerima vaksin lengkap sementara 29 peratus penduduk dewasa telah menerima dua vaksin.

Minggu lalu, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan sedang menyasarkan untuk menjalankan vaksinasi lengkap kepada 50 peratus populasi dewasa menjelang Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan kerajaan juga kini sedang menyediakan deraf untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mereka yang menerima vaksin lengkap.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan