32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

15,764 kes baharu harian COVID-19, 219 kes kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes baharu harian COVID-19 merekodkan penurunan kes hari ini, dengan sebanyak 15,764 kes baharu dilaporkan.

Penurunan sebanyak 1,386 kes dicatatkan, berbanding 17,150 kes baharu dilaporkan semalam.

Dengan pertambahan kes baharu harian tersebut menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1,146,186 kes.

Pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat menghampiri 200,000 dengan 199,051 kes termasuk 1,063 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 532 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, jumlah pesakit sembuh masih melepasi 10,000 dengan 11,767 orang, menjadikan angka kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 937,732 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 286 kes (1.8 peratus) daripada kes harian semalam adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 15,478 kes (98.2 peratus) daripada kategori satu dan dua.

“Ini berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19. Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, 3,525 kes (22.4 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah imunisasi COVID-19 (sekurang-kurangnya telah menerima satu dos),” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Beliau berkata, sebanyak 87 kes daripada kes harian semalam ialah kategori lima (kritikal, menggunakan ventilator) dengan 85 kes atau 97.7 peratus tiada sejarah vaksinasi manakala, 64 kes kategori empat (perlu bantuan oksigen) dengan 47 kes atau 73.4 peratus tiada sejarah vaksinasi.

“Kategori tiga (radang paru-paru) merekodkan sebanyak 135 kes dengan 86 kes atau 63.7 peratus tiada sejarah vaksinasi dan kategori dua (gejala ringan) iaitu sebanyak 6,695 kes dengan 4,315 kes atau 64.5 peratus tiada sejarah vaksinasi.

“Bagi kategori satu (tiada gejala) merekodkan sebanyak 8,783 kes dengan 7,706 kes atau 87.7 peratus tiada sejarah vaksinasi,” katanya.

Tambah beliau, didapati 77.64 peratus kes yang baharu didiagnosis COVID-19 tidak mempunyai sejarah vaksinasi justeru, segeralah dapatkan vaksinasi agar terlindung daripada bahaya jangkitan.

Terdahulu dalam perkongsian di Twitter beliau berkata, Selangor masih merekodkan jangkitan baharu tertinggi dengan sebanyak 6,067 kes dilaporkan.

“Diikuti, Kuala Lumpur (1,536 kes), Johor (1,222 kes), Sabah (1,166 kes) dan Kedah (1,108 kes).

“Negeri Sembilan (862 kes), Perak (748 kes), Pulau Pinang (667 kes), Kelantan (552 kes), Pahang (475 kes), Melaka (463 kes), Terengganu (425 kes) dan Sarawak (411 kes).

“Selebihnya, Putrajaya (46 kes), Perlis (sembilan kes) dan Labuan (tujuh kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 29 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 13 kluster tempat kerja, 11 kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi serta masing-masing satu kluster institusi pendidikan swasta berdaftar Kementerian Pendidikan dan keagamaan.

Katanya lagi, kes kematian harian juga merekodkan angka tertinggi dengan 219 kes dilaporkan termasuk 18 warga asing, menjadikan kes kematian terkini sebanyak 9,403 kes.

“Ia melibatkan 105 kes di Selangor, 41 kes di Kuala Lumpur, 24 kes di Johor, sembilan kes di Melaka, lapan kes di Pahang, tujuh kes di Negeri Sembilan serta masing-masing enam kes di Kedah dan Perak.

“Selain itu, masing-masing empat kes di Kelantan dan Terengganu, tiga kes di Sabah serta masing-masing satu kes di Labuan dan Perlis,” katanya. – Edisi 9


Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan