23.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

Proklamasi Darurat: PRN Sarawak digantung – SPR

Mesti Baca

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil maklum tentang Proklamasi Darurat di negeri Sarawak sepertimana diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Julai lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, sehubungan itu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan digantung dan hanya dilaksanakan dalam tempoh 60 hari selepas proklamasi tersebut dibatalkan atau dirungkai.

Beliau berkata, langkah penggantungan PRN bagi pemilihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 3(4) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 P.U (A) 324.

“Oleh yang demikian, memandangkan Proklamasi Darurat (Sarawak) P.U.(A) 323 yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Julai 2021 dan peruntukan Seksyen 3(4) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 P.U (A) 324 maka Pilihan Raya DUN digantung dan hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Proklamasi ini dibatalkan atau diungkaikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Daftar undi automatik, Undi18 tunda lepas 1 Sept 2022

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 21 Julai lalu telah bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri itu berkuat kuasa 2 Ogos 2021 sehingga 2 Februari 2022.

Baca juga:   Aplikasi MySejahtera, data tidak dijual kepada swasta - Khairy

Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak perlu diisytiharkan untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bagi mengelakkan penularan COVID-19 menjadi lebih serius. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Dua cedera dalam insiden tangki NGV lori meletup

DUA lelaki termasuk seorang warga emas cedera apabila tangki gas cecair asli (NGV) sebuah lori meletup di stesen minyak...

Lagi Artikel Berkaitan