24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 22, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 21 Julai lalu telah bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak setelah darurat yang berkuat kuasa pada masa ini dan berakhir esok.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak akan mula berkuat kuasa pada 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022.

Kenyataan itu berkata, Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak perlu diisytiharkan untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bagi mengelakkan penularan COVID-19 menjadi lebih serius.

“Dengan Proklamasi Darurat ini, PRN Sarawak tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa kecuali jika darurat ditamatkan lebih awal,” katanya.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Sarawak selama enam bulan, mulai 2 Ogos ini sehingga 2 Februari tahun depan.

Pengisytiharaan tersebut sekali gus menggantung PRN daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Sabtu lepas dilaporkan berkata, Sarawak akan menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong sama ada akan meneruskan PRN atau tidak, sebaik sahaja Proklamasi Darurat peringkat negara ditamatkan pada 1 Ogos ini. – Edisi 9

Baca juga:   10 termasuk 8 kanak-kanak maut dalam nahas 4 kenderaan
Baca juga:   Empat hari berturut kes baharu lepasi angka 5,000
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Beberapa individu anjur perhimpunan ditahan polis

BEBERAPA individu yang menghadiri satu ceramah mengenai kempen mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>