36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pegawai Tun Mahathir didapati positif COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang pegawai kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikesan positif COVID-19.

Memetik laporan Astro Awani, bagaimanapun, ujian saringan ke atas Dr Mahathir didapati negatif dan beliau tiada sebarang kontak dengan pegawai berkenaan ketika di Parlimen.

Pengesahan itu dibuat Pejabat Ahli Parlimen Langkawi itu, dan turut memaklumkan pegawai yang bertugas di Parlimen itu didapati tidak bergejala dan sedang menjalani kuarantin.

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pegawai tersebut antara 11 individu yang didapati positif dalam saringan yang dilakukan di Parlimen Khamis lalu.

Sumber tersebut berkata, pegawai kepada Ahli Parlimen Langkawi itu juga didapati positif melibatkan varian yang membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta.

Berikutan itu, difahamkan KKM sedang giat menjalani langkah pengesanan kontak rapat dan individu berkenaan menjalani perintah kuarantin.

Semalam dalam laporan media, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 11 kes positif COVID-19 dikesan KKM, hasil pemeriksaan ke atas 1,183 individu yang hadir di beberapa lokasi sekitar Parlimen semasa tempoh Sidang Khas Dewan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, katanya, KKM menasihatkan semua yang hadir dan berada di Parlimen bermula pada 26 Julai 2021 menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 menggunakan ujian kendiri RTK Ag saliva test kit. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan