25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bantuan perubatan COVID-19 Arab Saudi tiba di Malaysia

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Arab Saudi menghantar tiga pesawat Saudia Airlines yang membawa sumbangan peralatan perubatan bagi menangani pandemik COVID-19 di Malaysia.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dua pesawat tiba semalam manakala sebuah lagi tiba hari ini.

“Insya-Allah, tengah hari nanti saya akan secara simbolik menerima sumbangan ini dan perincian jumlahnya daripada Duta Arab Saudi. Nanti saya kongsi kepada semua,” katanya dalam hantaran Facebook beliau, hari ini.

Dua pesawat yang membawa sumbangan peralatan perubatan dari Arab Saudi tiba di Malaysia, semalam.

Sementara itu, memetik laporan Saudi Press Agency (SPA), pesawat-pesawat berkenaan membawa sumbangan daripada badan kebajikan kerajaan Arab Saudi, Pusat Bantuan Kemanusiaan dan Kecemasan Raja Salman (KSrelief).

Bantuan perubatan itu disumbangkan atas titah Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Putera Mahkota Muhammad bin Salman setelah memperkenankan permohonan daripada Hishammuddin.

Hishammuddin membuat permohonan itu semasa membuat panggilan telefon kepada Putera Mahkota Muhammad.

Advertisements

Peralatan yang disumbangkan termasuk 100 ventilator, 150 ventilator mudah alih, 319 penumpu oksigen, 30 alat bantuan pernafasan, 100 ventilator mudah alih guna habis, 150 katil hospital elektrik, 15 monitor isyarat penting, 10 monitor isyarat penting pusat dan 27 monitor isyarat penting mudah alih.

Selain itu, sumbangan merangkumi 3,000,000 pelitup muka pembedahan, 1,000,000 pelitup muka N95, 500,000 sarung tangan getah, 180 oksimeter nadi, 50 pam infusi intravena, 50 pam cecair intravena, tujuh defibrilator, lima laringoskop, lima elektrokardiograf (ECG) dan 10,000 peralatan perlindungan peribadi (PPE).

SPA menambah, berhubung bekalan sejuta dos vaksin COVID-19, ia akan dilaksanakan dengan penyelarasan di bawah pejabat Menteri Luar Tunisia yang akan memeterai kontrak dengan pengeluar vaksin yang diluluskan kerajaan Arab Saudi.

Bekalan vaksin tersebut seterusnya akan dihantar terus ke Malaysia, tambah SPA.

Pada 25 Julai lalu, Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman telah menitahkan KSRelief memberi bantuan bekalan perubatan segera termasuk sejuta dos vaksin kepada Malaysia bagi membantu menangani cabaran yang timbul akibat pandemik COVID-19.

Ketua Penyelia KSrelief merangkap penasihat Istana Arab Saudi, Abdullah Al-Rabeeah berkata, titah Raja Salman itu menggambarkan hubungan yang sangat erat antara dua negara. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan