26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

1MDB: Stadlen lepaskan wang RM7.1 juta, Hafarizam dikompaun

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Bekas perunding perhubungan awam, Paul Geoffrey Stadlen telah bersetuju untuk melepaskan secara rela hati keseluruhan wang berjumlah RM7,192,873.84 dan keseluruhan wang tersebut akan dipindahkan ke akaun amanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, perkara tersebut diputuskan setelah mengambil kira bahawa jumlah itu adalah wajar untuk dilucut hak.

“Sehubungan dengan itu, kes terhadap beliau ditarik balik,” kata SPRM dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut suruhanjaya itu, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tindakan kompaun di bawah Seksyen 92 (1) Akta 613 berjumlah RM590,587.26 dikenakan terhadap peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun setelah mengambil kira serta mempertimbangkan alasan-alasan yang munasabah termasuk lanjutan daripada penarikan balik kes terhadap Paul Geoffrey Stadlen.

SPRM memberitahu, pertuduhan terhadap Mohd Hafarizam ditarik balik setelah kompaun diselesaikan.

Sebelum ini, pertuduhan terhadap Stadlen telah dibuat tanpa kehadirannya pada 20 Februari 2019 manakala Mohd Hafarizam dituduh pada 3 Ogos 2020 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Stadlen dan Mohd Hafarizam dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] membabitkan wang berjumlah RM15 juta.– EDISI 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan