28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Tiada menteri Kabinet letak jawatan, semua sokong PM

Mesti Baca

SEPANG – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mengesahkan tiada menteri yang meletak jawatan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Memetik laporan BH Online, kenyataan Rina itu sekali gus menafikan dakwaan kononnya ada menteri yang mengambil tindakan tersebut.

Sebaliknya, kata Rina, semua menteri Kabinet dari pelbagai parti politik menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Setakat ini, tidak ada lagi peletakan jawatan mana-mana menteri. Alhamdulillah, semalam kami bermesyuarat Kabinet macam biasa.

“Kita bermesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada UMNO, masih ada lagi kerjasama erat kerana kita tahu, kita sedar isu rakyat ini yang perlu diberi keutamaan.

“Saya fikir daripada semua (yang hadir mesyuarat Kabinet) semalam memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri untuk meneruskan kerajaan, tidak kira dari Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS)… semua sekali,” katanya selepas mengadakan pemantauan dan penyampaian Inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, hari ini.

Advertisements

Beliau juga meluangkan masa melawat Taska Nur Qasih Ixora yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sepang.

Rina mengulas tentang laporan beberapa portal berita hari ini bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, akan meletakkan jawatan susulan pengumuman mengenai pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Beliau menambah, tumpuan ketika ini diberikan dalam menyelesaikan masalah rakyat yang berdepan kesukaran.

Rina menambah, beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya fokus diberikan kepada kemaslahatan dan isu rakyat.

Beliau berkata, sejak penguatkuasaan PKP 1.0 sehingga kini, dana sebanyak RM530 bilion sudah disalurkan oleh kerajaan untuk bantuan rakyat.

“Ini yang kita kena uar-uarkan kerana mungkin ada yang tidak tahu atau tidak menyedari bantuan itu sudah diberikan,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Lelaki didenda RM80,000 guna kelengkapan komunikasi tidak sah

SEORANG usahawan didenda sebanyak RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, kerana menggunakan kelengkapan komunikasi tidak diperakui iaitu SMS...

Lagi Artikel Berkaitan