Monday, July 20, 2026

i-Kaseh kutuk usaha cuba guling kerajaan PN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Persatuan Kebajikan Masyarakat Insani Kaseh Negeri Johor (i-Kaseh) mengutuk sekeras-kerasnya akan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba menggulingkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Yang Di-Pertuanya, Zuraini Tahir berkata, pihaknya berasa amat kecewa dengan permainan politik dari pemimpin yang mementingkan kedudukan semata-mata.

“Mereka sanggup bertindak sedemikian (cuba gulingkan kerajaan PN) daripada menjamin keselamatan dan ekonomi rakyat yang terkesan akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata, i-Kaseh tetap terus melahirkan keyakinan dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Marilah bersama-sama tanpa mengenal bangsa dan agama bersatu padu berdoa agar kita semua terselamat dan dilindungi.

“Semoga usaha ini dapat membantu kerajaan dan negara dalam menghadapi ancaman virus COVID-19,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan