31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Laporan Anwar menghadap Agong disahkan berita palsu

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tiada majlis menghadap oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagaimana dilaporkan sebuah media tempatan.

Memetik laporan Bernama, sumber Istana Negara ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, mengesahkan bahawa laporan berkenaan adalah palsu.

Laporan itu menyebut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson akan menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Pahang hari ini.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil turut mengesahkan bahawa laporan berita berhubung Anwar yang juga Presiden PKR menghadap Yang di-Pertuan Agong adalah tidak benar.

“Saya pohon kerjasama rakan-rakan media untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari sumber yang tepat sebelum menyiarkan berita untuk mengelak sebarang kekeliruan atau salah faham,” jelasnya dalam hantaran Facebook beliau, hari ini. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan