27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Perhimpunan #Lawan buang masa, undang penularan COVID-19

Mesti Baca

HARI ini beberapa ratus orang ramai berkumpul di jalanan konon untuk “melawan” kerajaan yang didakwa gagal. Rata-rata yang hadir adalah anak-anak muda.

Dengan berpakaian hitam, mereka berhimpun berhampiran stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Walaupun kebanyakan mereka memakai pelitup muka, tapi soal penjarakan sosial langsung tidak dipedulikan.

Mereka dikatakan telah berkumpul sejak pukul 10 pagi, turut membawa bendera hitam dipercayai untuk menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 11 pagi.

Berdasarkan gambar dan rakaman video yang tersebar menerusi media sosial, jelas anak-anak muda ini tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan, yang sekali gus mengundang penularan wabak COVID-19.

Apatah lagi ketika negara sekarang setiap hari berdepan belasan ribu kes dengan sebahagiannya berpunca dari kes-kes penularan sporadik, apakah jaminan bahawa anak-anak muda ini akan ‘terlepas’ dari jangkitan wabak tersebut?

Ini ditambah dengan beberapa varian baharu COVID-19 seperti Delta, yang cepat merebak dan tidak menyebabkan gejala kepada mereka yang positif, sehingga mengundang padah sekiranya ada pembawa yang turut sama berhimpun dalam perhimpunan tersebut.

Apabila berhimpun beramai-ramai seperti ini mengundang panularan COVID-19. – Sumber: Media sosial

Bagi penulis, perhimpunan baju hitam atau #Lawan ini hanyalah membuang masa kerana tidak akan membawa kesan apa-apa terhadap apa yang diperjuangkan.

Perhimpunan jalanan bukanlah langkah terbaik sebaliknya kita ada saluran-saluran lebih relevan untuk menyatakan pandangan kita terhadap dasar-dasar kerajaan.

Sebaliknya, padah pula menanti apabila mereka berisiko berhadapan COVID-19 yang bukan sahaja boleh menular dalam kalangan para peserta tetapi juga ibu bapa dan keluarga mereka.

Ketahuilah jika ada dalam kalangan peserta yang positif COVID-19 hasil perhimpunan ini, pihak-pihak yang menganjurkannya tidak mungkin datang menghulurkan ‘salam’.

Tanggunglah penyakit ini dengan diri sendiri. Lebih kesihan jika ia melibatkan ibu bapa, anak-anak yang masih kecil serta keluarga terdekat.

Mereka laungkan “kerajaan gagal” tetapi ternyata mereka sendiri menjadi masyarakat yang gagal. Gagal mematuhi SOP, gagal mengawal diri dan emosi yang akhirnya menyebabkan keluarga mereka mereka positif COVID-19.

Nak lawan bukan itu caranya, bro! Jangan terlalu taksub dengan pemimpin-pemimpin politik tertentu yang licik mempergunakan rakyat apa lagi anak-anak muda, demi kepentingan politik mereka.

Sejarah politik negara sudah membuktikan, perhimpunan jalanan hanyalah kerja sia-sia dan tidak membawa kesan apa-apa. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan