29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Penganjur perhimpunan veteran ATM bakal dipanggil polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS akan memanggil beberapa individu terlibat menganjurkan perhimpunan membabitkan Sekretariat Majlis Reunion Perjumpaan Bekas Perajurit RU6622 di Tugu Negara untuk dirakam keterangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, beberapa individu telah dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Kami telah mengenal pasti beberapa individu daripada pihak penganjur dan akan dipanggil untuk rakam keterangan.

“Pihak polis tidak menerima permohonan untuk berhimpun daripada penganjur jadi kes akan disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan kira-kira 1,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhimpun di Tugu Negara di sini untuk menuntut beberapa perkara termasuk penyelarasan pencen dan dijaga kebajikan mereka oleh Kementerian Pertahanan.

Pengerusi bersama perhimpunan, Mejar (B) Mior Rosli Mior Mohd Jaafar dalam ucapannya berkata, tujuan perhimpunan tersebut diadakan adalah bagi menyampaikan tiga tuntutan utama kepada kerajaan.

Beliau mendakwa bahawa setelah lapan tahun berjuang untuk menegakkan tuntutan yang disifatkan sebagai ‘hak kumpulan pesara’, namun tiada tindakan dan perhatian diberikan kerajaan.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan