Tuesday, July 21, 2026

Sifar buli: MARA ambil warden bekas pegawai tentera, polis 

Mesti Baca

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan pengambilan warden sepenuh dari kalangan bekas pegawai tentera dan polis sebagai usaha ke arah sifar buli terutama di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan tersebut telah dibangkitkan dalam Majlis MARA dan telah dipersetujuo sebulat suara.

“Buat permulaan ini, projek rintis akan dimulakan dengan melibatkan beberapa MRSM bagi melihat dan mengkaji keberkesanan inisiatif ini. 

“Kerjasama juga akan dilakukan dengan Persatuan Veteran Tentera dan Bekas Polis bagi mengenal pasti kriteria pemilihan,” katanya menerusi media sosial beliau hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, Bahagian Pendidikan Menengah MARA juga akan menyediakan garis panduan yang jelas berkenaan terma-terma rujukan (TOR) tanggungjawab dan bidang tugas warden di MRSM. 

Beliau berkata, inisiatif ini penting untuk memastikan pembangunan sahsiah, disiplin dan akhlak pelajar-pelajar MRSM sentiasa dapat diperkasakan.

Ia seiring dengan falsafah pendidikan yang mahu melahirkan generasi yang cemerlang secara holistik dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 

“Ini juga bagi memastikan matlamat MARA untuk sifat buli di MRSM benar-benar mampu direalisasikan,” katanya.

Minggu lalu, tujuh pelajar sebuah MRSM di utara tanah air ditamatkan pengajian mereka selepas didapati bersalah terlibat dan bersubahat membuli seorang rakan yang lain.

Kejadian tersebut berlaku tahun lalu namun hanya tular menerusi media sosial baru-baru ini sehingga membawa kepada siasatan oleh pihak MRSM dan Polis Diraja Malaysia.

Malahan, terdapat dua lagi kes baharu dikesan di  institusi pendidikan di bawah MARA susulan kejadian membabitkan tujuh pelajar MRSM baru-baru ini.

Asyraf Wajdi yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan susulan menerima aduan terbaharu dalam usaha membanteras gejala buli secara menyeluruh. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan