32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Zii Jia buru gelaran ketiga, hadapi saingan Indonesia Masters

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAGUH badminton negara, Lee Zii Jia bakal membawa momentum dua gelaran diraihnya bagi menghadapi saingan Indonesia Masters yang membuka tirainya di Istora Senayan, Jakarta esok.

Zii Jia yang meraih dua gelaran juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) dan Terbuka Thailand bulan lalu tentunya mengharapkan keputusan yang lebih baik selepas terpaksa menarik diri seawal pusingan pertama di Bali, tahun lalu.

Pada ketika itu, pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan pinggang dan terpaksa membuat keputusan menarik diri selepas ketinggalan 9-11 kepada pemain Denmark, Rasmus Gemke.

Justeru, pemain profesional itu pasti sudah bersedia untuk menghadapi Indonesia Masters sebelum beraksi pada Terbuka Indonesia yang dijadual berlangsung dari 14 hingga 19 Jun ini.

Persiapan bagi menghadapi dua kejohanan di Indonesia berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah,” kata jurulatih Zii Jia, Indra Wijaya, lapor BH Online.

Advertisements

“Sudah pasti kami memberikan tumpuan penuh dan mengharapkan keputusan yang terbaik.

“Zii Jia berada pada prestasi terbaiknya ketika ini. Saya harap dia akan terus mempamerkan aksi konsisten dan menjadi pemain yang lebih matang,”katanya.

Zii Jia dijadual bertemu pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen pada aksi pusingan pertama – dengan kedua-duanya pernah bertemu sebanyak enam kali selain masing-masing memegang rekod kemenangan seimbang 3-3.

Kali terakhir mereka bertemu adalah di suku akhir Terbuka Hylo, Mei tahun lalu dengan kemenangan memihak kepada Zii Jia, 21-13, 22-20 manakala Wangcharoen sebelum itu berjaya menjinakkan Zii Jia di separuh akhir Thailand Masters 2017.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan