27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

17,786 kes baharu COVID-19 dengan 165 kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes baharu harian COVID-19 hari ini, terus melonjak naik dan semakin menghampiri angka 18,000 dengan sebanyak 17,786 kes baharu dilaporkan.

Ini kali empat kes baharu harian melepasi angka 17,000, sekali gus memecah rekod paling tertinggi direkodkan sejak pandemik melanda negara.

Pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat setiap hari dengan 189,609 kes termasuk 1,062 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 543 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dengan pertambahan kes baharu tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID -19 semakin tinggi iaitu sebanyak 1,113,272 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 260 kes (1.5 peratus) daripada kes baharu harian yang dilaporkan melibatkan kategori tiga, empat dan lima manakala, sebanyak 17,526 kes (98.5 peratus) kategori satu dan dua.

“Ini berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19.

“Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sementara itu, beliau berkata, mengikut status vaksinasi COVID-19 yang dilampirkan pula, sebanyak 33 kes dilaporkan bagi kategori lima dengan empat kes ada sejarah vaksinasi dan 29 kes tiada sejarah vaksinasi manakala, 62 kes bagi kategori empat dengan 11 kes ada sejarah vaksinasi dan 51 kes tiada sejarah vaksinasi.

“Kategori tiga pula dengan 165 kes iaitu 59 kes ada sejarah vaksinasi dan 106 tiada sejarah vaksinasi serta 8,149 kes kategori dua dengan 2,224 ada sejarah vaksinasi dan 5,925 tiada sejarah vaksinasi.

“Bagi kategori satu pula merekodkan sebanyak 9,377 kes iaitu sebanyak 745 kes ada sejarah vaksinasi manakala, 8,632 kes tiada sejarah vaksinasi,” katanya.

Terdahulu dalam perkongsian di Twitter, Dr Noor Hisham berkata, Selangor terus merekodkan peningkatan kes dan masih mencatatkan empat digit angka kes harian baharu dengan sebanyak 6,400 kes dilaporkan berbanding 6,092 kes sehari sebelum ini.

“Diikuti Kuala Lumpur dengan sebanyak 1,962 kes, Kedah (1,389 kes), Johor (1,144 kes) dan Sabah (1,035 kes).

“Negeri Sembilan (929 kes), Terengganu (883 kes), Perak (775 kes), Pulau Pinang (713 kes), Melaka (697 kes), Pahang (653 kes), Kelantan (580 kes), Sarawak (485 kes) dan Putrajaya (116 kes).

“Selebihnya Perlis (16 kes) dan Labuan (sembilan kes),” katanya.

Mengulas lanjut, sebanyak 28 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 13 kluster tempat kerja, 12 kluster komuniti serta masing-masing satu kluster keagamaan, kumpulan berisiko tinggi dan pusat tahanan.

Dalam pada itu, beliau turut melaporkan sebanyak 165 kes kematian direkodkan pada hari ini dengan 52 kes di Selangor, Johor (30), Negeri Sembilan (23) dan 18 kematian di Kedah.

Selain itu, negeri-negeri lain yang merekodkan kematian ialah Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing 9 kes, Pulau Pinang (7), Melaka (4), Perak (3), Terengganu (3), Sarawak (3), Pahang (2) serta masing-masing satu satu kes di Kelantan dan Perlis. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan