32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Azhar kecualikan diri usul berkaitan Peguam Negara

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun membuat keputusan untuk mengecualikan diri daripada membuat keputusan berhubung usul berkaitan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media hari ini susulan usul berkaitan Idrus yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran pada 29 Julai lalu.

Azhar memberitahu, seperti yang diketahui umum, Idrus ialah abang kandungnya.

“Oleh kerana itu, saya telah membuat keputusan untuk mengecualikan diri saya daripada membuat apa-apa keputusan mengenai, berkenaan atau pun yang bagaimana jua pun berkaitan dengan usul tersebut.

“Apa-apa keputusan mengenai, berkenaan atau pun yang bagaimana jua pun berkaitan dengan usul tersebut saya serahkan kepada Timbalan-timbalan Yang Dipertua mengikut kedudukan kekananan mereka iaitu, pertamanya, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan keduanya, Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Saya tidak akan campur tangan dalam apa cara sekalipun dalam pelaksanaan tugas-tugas Timbalan-timbalan Yang Dipertua dalam hal berkaitan,” katanya.

Difahamkan, usul yang dimaksudkan Azhar Azizan tersebut adalah berkaitan Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung kenyataan Istana Negara yang mengatakan pembatalan ordinan darurat adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan