30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Polis siasat majlis kahwin selebriti langgar SOP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) di Genting Highlands pada 15 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan polis apabila sebuah video berdurasi 41 saat tular dalam media sosial memaparkan majlis perkahwinan pasangan itu di sebuah vila pada pukul 8.30 malam.

“Berikutan itu polis telah menjalankan siasatan awal dan mendapati terdapat tetamu yang hadir ke majlis itu tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan.

“Aktiviti itu telah melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dan polis telah membuka kertas siasatan bagi mengesan serta mengenalpasti kesemua individu terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, katanya, kes akan disiasat di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 2021 kerana tidak memakai pelitup muka serta tidak menjaga penjarakan fizikal.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini serta menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Difahamkan pasangan selebriti itu melangsungkan pernikahan mereka pada awal bulan lalu.

Sebelum ini, usahawan yang juga pelakon dan pengacara, Neelofa, suaminya, Haris Ismail serta 20 anggota keluarga mereka dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 berikutan majlis perkahwinan mereka pada 27 Mac lalu yang didapati tidak mengikut SOP. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan