23.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

Muslim Care salur RM500,000 bantu mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MUSLIM Care Malaysia (Muslim Care) menyalurkan peruntukan RM500,000 dan 200 tenaga sukarelawan bagi membantu mangsa banjir yang melanda negara, baru-baru ini.

Presiden Muslim Care, Zulkifli Wahijan, berkata sukarelawan juga turut bekerja siang dan malam bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan kritikal di empat negeri iaitu Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Menurut beliau, sebanyak 50 pacuan empat roda, satu van yang dijadikan klinik bergerak, satu lori dan empat bot digerakkan untuk tujuan itu.

“Selain itu kami turut menyediakan dua jentolak, dua jengkaut dan satu lori sampah untuk menyempurnakan kerja pembersihan sisa banjir di Dusun Tua dan Desa Nanding, Hulu Langat.

“Kami juga membekalkan kira-kira 500,000 liter air bersih melalui lori tangki dan dua mesin khas untuk memproses air sungai bagi kegunaan 2,500 keluarga di sekitar Dusun tua yang terputus bekalan air selama tujuh hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   LKM sasar hasil 10 inovasi baharu IoT, IR4.0

Zulkifli berkata, barangan yang disumbangkan kepada mangsa banjir terdiri beras sebanyak 2,000 kampit, tilam (1,000), bantal (1,200) serta set kelengkapan solat iaitu telekung, kain pelikat, kain batik dan sajadah (1,000).

“Turut disumbangkan ialah dapur gas (400), gas memasak (250 tong), set tuala, sabun, berus dan ubat gigi (700), lilin dan pemetik api (200 kotak), kit ujian kendiri COVID-19 (2,000), pelitup muka (16,000) dan al-Quran (200).

Baca juga:   405 kes positif COVID-19 libat mangsa banjir dikesan

“Barang makanan yang disumbangkan pula ialah lebih 5,000 pek makanan dimasak, biskut dan roti (700) serta set makanan kering iaitu minyak masak, gula, tepung, susu, sardin, kicap dan teh (600), selain air mineral (15,000 botol),” katanya.

Ujar beliau, usaha memberi bantuan kepada mangsa oleh Muslim Care telah dimulakan sejak 10 hari lalu.-Edisi 9

Terkini

“3A” pendekatan Pemuda BN tambat pengundi

PEMUDA Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan "3A" dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon...

Lagi Artikel Berkaitan