28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Baik buruk trend berkahwin pada usia muda

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

TREND berkahwin dalam usia muda antara isu yang paling hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Adakah ia baik atau buruk untuk diikuti oleh anak muda pada masa kini? Itulah yang sering menjadi persoalan.

Sesetengah pihak menganggap perkara tersebut biasa tetapi bagi pihak yang lain pula menganggap situasi ini berubah mengikut peredaran semasa.

Agama Islam tidak menganggap perkahwinan sesuatu benda yang mudah, yang hanya untuk memuaskan nafsu sahaja bahkan ia merupakan satu tanggungjawab dan tugas yang besar untuk dipikul.

Perkahwinanan bukanlah satu permainan dan ia tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja.

Pada hari ini, kebanyakan anak muda terutamanya masyarakat Melayu yang berkahwin hanya sekadar mengikut trend ‘kahwin muda’, pengaruh media sosial dan pengaruh daripada kawan sendiri.

Sebahagian anak muda lebih cenderung memilih untuk berkahwin dalam usia awal.

Situasi ini sering berlaku dalam kalangan pelajar sekolah mahupun mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut di universiti.

Selain itu, ada sesetengah orang berpendapat bahawa trend kahwin muda ini dicopkan sebagai “gatal“. Tetapi ada orang mempertikaikan tentang trend kahwin muda ini.

Terdapat banyak kebaikan dan keburukan dalam perkahwinan kahwin muda ini.
Antara kebaikannya adalah dapat mengelakkan maksiat yang semakin berleluasa pada ketika ini.

Selain itu, berkahwin pada usia muda dapat menjadikan seseorang itu lebih bertanggungjawab.

Advertisements

Namun terdapat juga keburukan dalam perkahwinan pada usia muda ini.

Antaranya adalah rumah tangga akan mempunyai masalah kerana kekangan ilmu, kemahiran, persediaan tentang ilmu rumah tangga dan merasakan diri masih bujang sedangkan sudah berkahwin.

Sebagaimana dalam satu hadis Rasulullah SAW yang mengalakkan anak muda untuk berkahwin. Hadis ini yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud R.A, Nabi SAW bersabda:

Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat)”
Riwayat al-Bukhari (5065) dan Muslim (3466)

Selain daripada itu, berkahwin dalam usia muda merupakan sesuatu cabaran yang sangat besar.

Antaranya adalah kekangan kewangan untuk menanggung keperluan keluarga, kurangnya pengetahuan tentang ilmu agama, tidak memahami tugas dan peranan sebagai suami isteri dan sebagainya.

Kesimpulannya, usaha dalam mengalakkan kahwin pada usia muda merupakan suatu usaha yang sangat baik.

Alangkah baiknya diselitkan mereka dengan memberi fokus dalam usaha menyedarkan golongan muda ini tentang Islam, pembinaan jati sebagai seorang muslim, menjaga hubungan dengan Allah dan memberi fokus dalam membantu mereka membuat perancangan tentang kehidupan.

Sekiranya usaha ini dilaksanakan, pasti anak muda tidak memikirkan perkahwinan adalah sesuatu benda yang mudah dan dapat mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa sehingga hari ini.

SYAFIQAH SYUHADA ABD RAHMAN
Pelajar Tahun 3
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia


Kirimkan pandangan, kritikan dan pendapat tentang isu-isu semasa menerusi e-mel: [email protected] dengan menyertakan nama penuh, tahun pengajian, fakulti dan universiti. Hanya artikel yang terpilih akan disiarkan.

Facebook: https://www.facebook.com/myedisi9
Instagram: https://www.instagram.com/myedisi9
Twitter: https://www.twitter.com/myedisi9
TikTok: https://www.tiktok.com/@myedisi9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan