32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Langgar SOP, pengunjung pusat hiburan dikompaun RM97,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH pusat hiburan tidak berlesen di Jalan Tun Razak di sini, diserbu pihak berkuasa kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP), Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), semalam.

Serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju itu, turut mengenakan kompaun kepada
97 pengunjung pusat hiburan terbabit.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 17, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 sebanyak RM1,000 seorang.

“Seramai 60 lelaki dan 37 wanita warganegara diperiksa dan dikompaun manakala seramai lapan lelaki dan dua wanita warga asing ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen dan Seksyen 55B Akta Imigresen.

Advertisements

“Turut ditahan seorang lelaki warganegara yang merupakan penjaga premis kerana gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barang kes termasuk dua unit pembesar suara, televisyen (2), mikrofon (4), amplifier (1), pengadun muzik (2), dan wang tunai RM 111.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992.

Pada masa sama, beliau menggesa orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan