32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Masjid Hagia Sophia, solat tarawih pertama selepas 88 tahun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELEPAS 88 tahun, buat pertama kalinya Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turki mengadakan solat tarawih yang pertama semalam.

Ribuan jemaah hadir untuk mengambil bahagian dalam detik bersejarah itu pada malam pertama bulan Ramadan.

Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934 dan kembali statusnya sebagai masjid pada 2020 apabila ia dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun lalu.

Namun, masjid itu tidak digunakan kerana sekatan COVID-19 di Turki untuk mengelak risiko jangkitan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu, kematian semakin menurun selain kes pulih meningkat setiap hari.

Ribuan jemaah tidak melepaskan peluang bersembahyang Tarawih dalam detik bersejarah itu.

Hagia Sophia dibina pada 532M dan dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.

Bangunan itu dijadikan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Tetapi, untuk kebanyakan kewujudannya dari 1453 hingga 1934 atau hampir 500 tahun ia berfungsi sebagai masjid.

Pada tahun 1985, Hagia Sophia dimasukkan ke dalam senarai Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Hagia Sophia juga antara destinasi pelancongan utama Turki dan tetap dibuka untuk pelawat domestik dan asing. – AGENSI

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan