31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Jemaah daftar haji pada tahun 2020, 2021 akan diutamakan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JEMAAH yang mendaftar haji pada tahun 2020 dan 2021 akan diberi keutamaan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.

Itu jaminan yang dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan kerajaan berharap akan mendapatkan keputusan mengenai kuota haji tahun ini dalam masa yang terdekat.

“Kita akan mengutamakan mereka yang telah disenaraikan nama pada tahun 2020 dan 2021.

“Bagaimanapun, setakat ini kita belum dapat lagi kuota haji dan kita memahami ini mungkin kerana tekanan yang sedang dihadapi oleh kerajaan Arab Saudi berikutan COVID-19.

“Tambahan pula negara itu juga baru sahaja membuka semula sempadan negara mereka dengan membenarkan Umrah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis sumbangan Ihya Ramadan kepada masjid, surau, Sekolah Agama Rakyat SAR persendirian dan rumah anak yatim bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang di Changkat Jering hari ini, lapor Utusan.

Baca juga:   Peruntukan Ahli Parlimen dikurangkan - Anwar

Menurut Idris, kehadiran jemaah yang melakukan Umrah di Mekah dan Madinah agak ramai dan mungkin itu merupakan ujian di lapangan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menentukan kuota haji pada tahun ini.

“Kita harap mendapat kuota haji sebelum bulan Ramadan namun setakat ini kuota haji mana-mana negara pun belum diumumkan atau diputuskan lagi oleh kerajaan Arab Saudi.

“Kita berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan untuk mendapat keputusan tentang perkara itu bagi memudahkan kita untuk menyusun dan merangka pengurusan untuk menempah hotel, pengangkutan dan sebagainya,”katanya.

Baca juga:   Selepas Radzi, Fadillah pula jadi mangsa poster pelaburan palsu

Wartawan

Terkini

Bar jemput ‘Thai Hot Guy’ tiada lesen hiburan, lesen restoran luput

BAR kontroversi yang mahu menganjurkan pembukaan rasmi di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dikesan tidak mempunyai lesen hiburan atau...

Lagi Artikel Berkaitan