Tuesday, July 21, 2026

TH ingatkan bakal haji 2026 buat persiapan lebih awal

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, bakal-bakal jemaah tidak berjaya melayakkan diri menerima tawaran haji terutamanya atas faktor kesihatan dan kewangan.

Mesti Baca

LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengingatkan bakal-bakal jemaah haji bagi musim 1447H/2026M agar membuat persiapan lebih awal.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, ini termasuk mengemas kini rekod maklumat peribadi, kesihatan, kewangan, pengurusan diri dan penambahan ilmu berkaitan fardhu ain dan haji.

Beliau berkata, peringatan awal ini dikeluarkan bagi membantu bakal jemaah untuk membuat persediaan sepenuhnya lebih awal.

Ini kerana, menurutnya, berdasarkan pengalaman sebelum ini bakal-bakal jemaah tidak berjaya melayakkan diri menerima tawaran haji terutamanya atas faktor kesihatan dan kewangan.

“Ibadat haji adalah ibadat yang memerlukan persediaan yang amat rapi bagi memenuhi aspek kemampuan menunaikannya (Istito’ah),

“Peringatan mesra dari TH ini diharap dapat membantu bakal jemaah meningkatkan ketersediaan mereka untuk layak menjawab tawaran dan kemudian menunaikan ibadat haji dengan lancar bagi mendapatkan haji mabrur, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustakim berkata, langkah proaktif ini selari dengan usaha berterusan TH dalam mempertingkatkan perkhidmatan bagi manfaat jemaah haji Malaysia.

Jelas beliau, ibadat haji merupakan rukun Islam kelima hanya diwajibkan bagi umat Islam yang berkemampuan merangkumi aspek kesihatan, kewangan, kebenaran pihak berkuasa (kuota) dan keselamatan.

Katanya, giliran menunaikan haji boleh disemak di platform THiJARI atau di pejabat cawangan TH di seluruh negara.

Langkah proaktif ini, jelas beliau, selari dengan usaha berterusan TH dalam mempertingkatkan perkhidmatan bagi manfaat jemaah haji Malaysia.

Mustakim berkata, ibadat haji yang merupakan rukun Islam kelima hanya diwajibkan bagi umat Islam yang berkemampuan merangkumi aspek kesihatan, kewangan, kebenaran pihak berkuasa (kuota) dan keselamatan.

“Dengan peringatan awal ini, diharapkan bakal haji dalam giliran akan mempunyai tempoh masa persediaan yang lebih panjang untuk layak menerima dan menjawab tawaran haji,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan