29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kementerian Kesihatan masih lagi guna HIDE

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan masih lagi menggunakan sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) bagi membolehkan kawasan berpotensi menjadi kluster dikenal pasti lebih awal.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ketika ini, data membabitkan HIDE tidak didedahkan kepada umum berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi berkuat kuasa.

“Kita masih menggunakan HIDE di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dan Kementerian Kesihatan.

“Ia masih digunakan bagi memberi amaran mengenai kawasan yang berkemungkinan menjadi kluster,” katanya pada sidang media mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) secara maya, hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, pihaknya berpandangan kawasan Lembah Klang sedang menuju kemuncak kes positif harian dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu ini dan berharap selepas itu ia akan mulai menunjukkan penurunan.

Ditanya mengenai keberkesanan vaksin COVID-19 dalam mengurangkan pesakit kategori 4 dan 5, Khairy berkata, pihaknya akan mendapatkan data terperinci mengenai pesakit yang dikesan ketika ini.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan kepada data sedia ada, trend menunjukkan biarpun ada individu yang sudah mendapat vaksin yang kini berada dalam kategori empat dan lima, peratusannya sangat rendah berbanding mereka yang belum menerima sebarang dos vaksin COVID-19.

“Sebagai contoh, kita lihat jumlah kes harian semalam, seramai 106 pesakit adalah dalam kategori lima, 96 daripada mereka belum menerima vaksinasi manakala 10 mempunyai sejarah pelalian.

“Bagi kategori empat pula, seramai 47 daripada 65 pesakit belum divaksinasi manakala 18 sudah menerima vaksin. Trend sama boleh dilihat pada kategori lain juga,” jelasnya.

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan