31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Fenomena halo lingkar matahari kelihatan di Malaysia

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Orang ramai di seluruh negara dapat menyaksikan fenomena halo melingkari matahari yang berlaku mulai tengah hari tadi.

Fenomena yang jarang berlaku itu menjadi tular dalam media sosial apabila ramai netizen berkongsi gambar-gambar yang dirakam mereka.

Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan dan ia adalah sejenis fenomena opti serta dikatakan lebih kerap terjadi berbanding pelangi.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian antara lima hingga 10 kilometer di lapisan troposfera atas.

Fenomena halo yang dirakam di Kota, Rembau, Negeri Sembilan hari ini. Gambar: HUSSAINI AMRAN / EDISI 9

Bentuk dan orientasi kristal-kristal tersebut yang menentukan bentuk halo yang terjadi.

Mereka yang ingin merakam gambar fenomena tersebut dinasihatkan agar memastikan mata dilindungi daripada pancaran cahaya matahari.

Elakkan daripada memandang halo untuk tempoh yang panjang dan sebaik-baiknya guna kamera SLR untuk merakamnya. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan