24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Iran puji PICK tidak diskriminasi warga asing

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Iran memuji pelaksanaan memuji pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang tidak mendiskriminasikan mana-mana pihak termasuk rakyat asing di negara ini.

Perkara itu disampaikan melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Iran di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut kedutaan berkenaan, Iran berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas kerjasama dan bantuan penuh memberi vaksin kepada rakyatnya di negara ini.

Kedutaan Besar Iran di Kuala Lumpur turut memuju kejayaan kerajaan Malaysia melancarkan PICK pada saat kritikal dengan langkah-langkah diperlukan sehingga berjaya memberi suntikan lebih 20 juta dos dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

“Rekod pemberian vaksin harian tertinggi melebihi 500,000 dos juga menjadi kejayaan luar biasa dan mengagumkan dunia.

“Malaysia menerusi inisiatif PICK memasukkan semua rakyat asing dan tiada pengecualian yang dibuat oleh pegawai kesihatan. Langkah dan inisiatif itu sangat konstruktif tanpa wujud sebarang diskriminasi,” kata kedutaan itu.

Tambah kenyataan itu, penyelarasan antara Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Tekonologi dan Inovasi serta komuniti diplomatik di Kuala Lumpur, membolehkan vaksinasi terhadap semua kakitangan dan diplomat dijalankan.

Advertisements

“Kedutaan Besar Iran di Kuala Lumpur berterima kasih atas kerjasama dan bantuan pihak berkuasa sehingga kebanyakan rakyatnya yang tinggal di Malaysia turut menerima manfaat, hingga tersenarai sebagai penerima vaksin Covid-19.

“Sebilangan mereka telah menerima dos pertama dan kedua, menerusi penyelarasan kedutaan. Tidak dinafikan kerajaan Malaysia harus dipuji dalam penyelarasan adil ini dan semua masyarakat dilindungi,” jelas kedutaan tersebut.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan, Lembah Klang terus merekodkan pertambahan pemberian vaksin tertinggi dan melebihi 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa dengan 97.3 peratus berdasarkan kepada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat semalam.

Ia membabitkan jumlah penerima seramai 5,997,333 individu menerima suntikan pertama, manakala seramai 2,427,041 individu menerima suntikan kedua.  

Diikuti, Labuan dengan 95.2 peratus dos pertama populasi dewasa; Sarawak (84.9 peratus); Negeri Sembilan (73.4 peratus); Perlis (63.3 peratus) dan Pulau Pinang (57.6 peratus).

EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan