32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

415,000 dos AstraZeneca sumbangan UK tiba hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Malaysia menerima 415,000 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca sumbangan Kerajaan United Kingdom (UK) hari ini.

Ketibaan vaksin berkenaan disambut, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien bersama-sama Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, Charles Hay.

Sumbangan itu sebelum ini diumumkan Setiausaha Luar Negeri Britain, Dominic Raab.

Hishammuddin dalam perkongsian di Twitter beliau, berkata, sumbangan 415,000 dos vaksin AstraZeneca secara percuma yang diumumkan oleh rakan sejawat pada lima hari lepas telah pun tiba hari ini.

“Terima kasih Dominic Raab dan Kerajaan UK. Akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam PICK,” katanya.

Terdahulu, Hishammuddin mewakili Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan diatas sumbangan untuk PICK ini dan juga kepada rakan sejawatannya di UK.

Hishammuddin Hussein bersama Charles Hay (kiri) dan Khairy Jamaluddin di KLIA hari ini. – Sumber Facebook

Kata beliau, ia adalah lambang hubungan yang erat dan akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama dua hala di pelbagai peringkat.

Baca juga:   AstraZeneca Thailand dapat kelulusan bersyarat

Menurutnya lagi, Malaysia amat menghargai sokongan yang diberikan UK serta percaya bahawa kedua-dua negara dapat bekerjasama untuk mendepani cabaran pandemik dan menuju ke arah pemulihan.

“Sumbangan itu juga akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi harian PICK yang sedang dijalankan,”katanya.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

KJ sah jadi DJ Hot FM, sedia gamatkan Bekfest Hot

BEKAS Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sah bakal bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM,...

Lagi Artikel Berkaitan