30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kita tak nak UMNO khianati kerajaan PN – Zahidi

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyatakan bahawa parti itu tidak akan sesekali mengkhianati kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditubuhkan secara bersama.

Memetik laporan BH Online, beliau meminta seluruh ahli UMNO untuk terus bersama Timbalan Perdana Menteri, yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen dalam menyokong kerajaan.

“Kita tidak mahu UMNO sewaktu dalam keadaan badai dan ribut ini menebuk lubang pada bahtera kita.

“Kita tak nak UMNO khianati kerajaan yang kita tubuh hari ini,” katanya kepada pemberita demikian selepas menerima kunjungan hormat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di pejabatnya, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Zahidi menganggap saranan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya parti itu menyokong PN tetapi tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri adalah tidak praktikal.

“Kalau nak amal dalam UMNO, kita boleh cuba. Sokong UMNO tetapi tidak sokongan Presiden. Kalau berjaya dalam UMNO, baru kita cadang kepada parti lain,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Mentteri Komunikasi dan Multimedia menambah, sehingga hari ini, kerajaan PN masih stabil dengan sokonghan majoriti Ahli Parlimen terdiri daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN), PN dan parti Sabah serta Sarawak.

Advertisements

Zahidi berkata, Ahli Parlimen BN umpamanya, mengadakan pertemuan untuk membincangkan perkara itu dan 40 daripada mereka menandatangani surat perakuan menyokong kerajaan PN.

Menurut beliau, tiga Ahli Parlimen PKR juga turut menyatakan sokongan mereka, namun Zahidi tidak memberi sebarang perincian.

“Kalau boleh, Presiden UMNO sokonglah. Kita adalah kerajaan bersama, yang Timbalan Perdana Menterinya dari UMNO. Kenapa kita tak mahu tandatangan (surat perakuan)?

“Selepas masalah COVID-19 selesai dan ada Pilihan Raya Umum (PRU), kita ikut keputusan Perhimpunan Agung UMNO iaitu beri sokongan sehingga PRU,” katanya.

Semua perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada Mac lalu sebulat suara bersetuju agar parti itu menarik diri daripada kerajaan PN yang diketuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mereka menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa beliau menggulung perbahasan ucapan dasar Presiden.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan