25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Surat Istana Negara kepada PM disahkan palsu

Mesti Baca

CYBERJAYA – Surat daripada Istana Negara kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang tular dalam media sosial baru-baru ini disahkan palsu.

Memetik laporan BH Online, perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga mempunyai bukti seorang Ahli Parlimen pembangkang menyebarkan surat Istana Negara berkenaan melalui akaun media sosialnya.

“Ahli Parlimen pun ada yang keluarkan dokumen palsu istana. Kita sudah semak, ada dokumen tidak betul.

“Begitu juga dengan konco politik melalui media sosial dakwa Perdana Menteri letak jawatan. Ini boleh menggugat kestabilan negara,” katanya.

Advertisements

Zahidi berkata, pihaknya pada masa ini bersikap terbuka dan tidak merancang mengambil tindakan terhadap penyiaran surat berkenaan.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan semua pihak yang tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia sekiranya ada yang berterusan melampaui batas.

“Saya mewakili kementerian mengingatkan supaya tidak sebarkan fitnah melalui Facebook, Twitter dan Instagram dengan mesej menghina raja, istana dan pemimpin.

“Masalah kita sekarang ialah pandemik COVID-19, kesusahan rakyat, masalah ekonomi dan ada yang kurang makanan.

“Kalau kita yang senang ini terus mencipta masalah, terus cipta ketidakstabilan, maka kita terpaksa ambil tindakan,” jelasnya lagi.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan