36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Henti keluarkan kenyataan mengelirukan – Tok Pa

Mesti Baca

SEMUA pihak diminta berhenti mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung majoriti kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed menggesa menunggu sehingga Parlimen kembali bersidang bulan depan bagi menyelesaikan apa juga isu mengenainya.

Ahli Parlimen Jeli itu meminya semua pihak berhenti mengeluarkan kenyataan mengelirukan yang boleh menggagalkan usaha kerajaan menangani krisis kesihatan dan ekonomi masa kini.

“Parlimen bersidang bermula 6 September, dimulai dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sementara itu kita harap redakanlah, tak payah buat kenyataan sana sini. Kita nak pastikan supaya krisi kesihatan dan ekonomi dapat ditangani dengan baik,” katanya seperti dilapor Bernama hari ini.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Projek Pelaksanaan Segera Bagi Menangani Bencana Runtuhan Tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas Kelantan.

Beliau mengulas tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang terus-menerus mempersoalkan kedudukan kerajaan PN susulan penarikan balik sokongan UMNO.

Mereka mempersoalkan majoriti yang diperoleh Muhyiddin apabila sekurang-kurangnya lapan ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan seperti diumumkan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan