23.3 C
Kuala Lumpur
Monday, October 18, 2021

Hampir 8.5 juta orang terima dos kedua vaksin – JKJAV

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seramai 8,497,773 orang di negara ini telah menerima dua dos lengkap vaksin setakat semalam, lapor Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) hari ini.

Jumlah itu adalah bersamaan 36.3 peratus populasi di Malaysia.

Pada masa yang sama, setakat semalam, seramai 15,536,215 individu atau 66.4 peratus telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

vaksin JKJAV

JKJAV turut melaporkan, seramai 425,698 orang menerima suntikan vaksin di seluruh negara semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 239,663 orang menerima suntikan dos kedua manakala 186,035 orang menerima suntikan dos pertama.

vaksin

Bagi suntikan dos pertama, Perlis mencatatkan sebanyak 1,597 penerima, Kedah 20,257 orang, Pulau Pinang 11,686 orang, Perak 12,955 orang, Selangor 25,845 orang, Kuala Lumpur 4,682 orang, Putrajaya 1,810 orang, Negeri Sembilan 6,153 orang, Melaka 10,410 orang, Kelantan 7,155 orang, Terengganu 6,926 orang, Pahang 11,161 orang, Johor 34,212 orang, Sabah 28,299 orang, Labuan 49 orang dan Sarawak 2,838 orang.

Seramai 41 orang menerima suntikan dos kedua di Perlis semalam manakala di Kedah 11,222 orang, Pulau Pinang 11,683 orang, Perak 13,653 orang, Selangor 73,152 orang, Kuala Lumpur 39,019 orang, Putrajaya 2,150 orang, Negeri Sembilan 18,068 orang, Melaka 7,069 orang, Kelantan 1,058 orang, Terengganu 9,233 orang, Pahang 2,933 orang, Johor 15,669 orang, Sabah 13,461 orang, Labuan 345 orang dan Sarawak 22,907 orang. – EDISI 9

Baca juga:   Hanya dua jam dalam pusat beli-belah, premis peruncitan
Baca juga:   Fasa 4 PICK diaktifkan kawal kluster tempat kerja - KJ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Muzakarah khas bincang SOP rapatkan saf solat berjemaah – Idris

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk mengatur satu muzakarah khas untuk membincangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi...

Lagi Artikel Berkaitan