27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, October 25, 2021

Kemasukan hospital indikator baharu peralihan fasa PPN

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Bilangan kes kemasukan hospital baharu yang bergejala kini digunakan sebagai salah satu daripada indikator peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Penyelaras PPN, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat pakar kesihatan, serta pengalaman antarabangsa dan domestik, dengan penelitian bahawa risiko penularan COVID-19 menurun seiring dengan peningkatan kadar vaksinasi penduduk dewasa.

“MPN juga memutuskan bahawa indikator tersebut hanya akan menggantikan indikator sedia ada (iaitu bilangan kes COVID-19 harian baharu) apabila vaksinasi sesebuah negeri di dalam Fasa 1 telah mencapai kadar sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk dewasa.

“Penanda aras bagi kes bergejala yang digunakan adalah berdasarkan kemasukan harian ke hospital bagi jumlah kes pesakit di dalam Kategori 3, 4 dan 5,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, nilai ambang bagi bilangan kes bergejala adalah seperti berikut:

pelan pemulihan negara

Menurut beliau, dalam penilaian untuk peralihan daripada satu fasa kepada fasa yang selanjutnya, ia masih tertakluk kepada keperluan memenuhi kesemua indikator, termasuk penggunaan kapasiti ICU dan kadar vaksinasi penduduk dewasa.

“Sebagai contoh, bagi Lembah Klang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Melaka yang masih berada di Fasa 1, apabila mereka mencapai kadar vaksinasi sekurangkurangnya 50 peratus penduduk dewasa, indikator kes yang akan diguna pakai ialah kes kemasukan hospital baharu yang bergejala.

Baca juga:   1MDB: Kerajaan terima bayaran pertama daripada AMMB Berhad
Baca juga:   S&P kekal penarafan, bukti daya tahan ekonomi Malaysia

“Seterusnya, negeri ini hanya boleh beralih ke Fasa 2 jika mencapai nilai ambang kes kemasukan hospital baharu yang bergejala (6.1 per 100,000 penduduk) dan tahap kapasiti penggunaan ICU (“Sederhana”),” jelasnya.

Tengku Zafrul berkata, keputusan itu juga diambil selepas risiko penularan dilihat jelas terkawal di Sarawak dan Labuan, dengan pengurangan ketara kes bergejala dan yang memerlukan rawatan di wad ICU.

Beliau berkata, walaupun Sarawak dan Labuan berdepan dengan penggunaan kapasiti wad ICU penuh semasa bulan Jun, namun setelah kadar vaksinasi mencecah 50 peratus pada bulan Julai, penggunaan kapasiti wad ICU telah menurun bagi kedua-duanya dan mencapai tahap “Mencukupi”.

“Justeru, penilaian risiko bagi mempertimbangkan pembukaan aktiviti ekonomi dan sosial akan lebih tepat jika berasaskan kepada bilangan kes bergejala kategori 3, 4 dan 5, berbanding jika dirujuk kepada jumlah kes baharu harian.

“Contohnya, walaupun kes harian baharu di Sarawak mencecah 400 sehari tetapi bilangan pesakit baharu Kategori 3, 4 dan 5 kurang daripada 10 pesakit atau 2 peratus daripada kes harian.

“Negara-negara seperti United Kingdom juga telah mengambil pendekatan yang tertumpu kepada kadar kes bergejala dan telah terus membenarkan pembukaan
aktiviti ekonomi dan sosial berdasarkan penilaian risikonya, iaitu jumlah kes bergejala adalah rendah walaupun jumlah kes baharu masih tinggi,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, sejak dari awal pengumuman PPN, kerajaan telah menekankan bahawa PPN perlu bersifat dinamik, di mana semua pendekatan yang diambil adalah berdasarkan data dan sains.

Baca juga:   Negeri Fasa 2 tak akan 'berpatah balik' ke Fasa 1 - Tengku Zafrul

Katanya, ini termasuklah penetapan indikator dan nilai ambang untuk peralihan fasa.

Baca juga:   CEO TNB: Ditukar berdasarkan prestasi atau kerajaan ada hak terhadap GLC

“Penggunaan nilai indikator baharu ini akan dapat menambah baik penilaian risiko dalam mempertimbangkan pembukaan aktiviti ekonomi dan sosial dalam konteks peralihan fasa PPN,” katanya. – EDISI 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

SOP PRN Melaka diperketatkan elak penularan jangkitan COVID-19

KERAJAAN tidak mahu jangkitan kes Covid-19 meningkat secara mendadak seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebelum...

Lagi Artikel Berkaitan