32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Perbaharui cukai jalan, lesen memandu di kaunter Pos Malaysia

Mesti Baca

CYBERJAYA – Orang ramai kini boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu masing-masing di kaunter-kaunter Pos Malaysia secara temu janji mulai esok.

Pos Malaysia berkata, temu janji boleh dibuat menerusi Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi bergerak terlebih dahulu mulai hari ini.

Mereka yang mahu berbuat demikian perlu memilih negeri dan cawangan pejabat pos yang dikehendaki, kemudian klik pautan yang disediakan, bagi mengelakkan kesesakan.

“Setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot temu janji dalam sehari, dan tidak melebihi tiga urus niaga pada setiap temujanji.”

“Sewaktu urusan tersebut, pelanggan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), mengimbas kod MySejahtera dan menjaga pergerakan sosial.

“Sekiranya didapati bergejala COVID-19, atau tidak sihat, mereka dinasihatkan agar tidak mengunjungi pejabat pos,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan