27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Rosni letak jawatan Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Datuk Rosni Sohar mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa semalam.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berbuat demikian kerana setia dan patuh atas ketetapan yang dibuat oleh parti sebelum ini.

“Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN.

“Namun begitu, selaras dengan keputusan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan yang telah diputuskan dalam MKT UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ahli MKT UMNO turut setia dan patuh atas ketetapan yang telah dibuat oleh parti.

“Maka, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN mulai 7 Ogos 2021,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Wanita UMNO menambah, UMNO merupakan sebuah parti keramat yang memperjuangkan dan mendukung titah Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam asas dan tujuan UMNO mengikut Fasal 3.

Advertisements

Sebelum ini, dua pemimpin UMNO iaitu Ketua Wanita, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ahli MKT, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan masing-masing dalam Kabinet.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled turut meletak jawatan sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Boustead Holdings Berhad.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), semalam.

Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Lembaga Pengarah UPM Holdings Sdn Bhd.

Mereka berbuat demikian kerana akur pendirian MT UMNO pada 3 Ogos lalu sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan