26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Hampir 9.2 juta rakyat Malaysia lengkap vaksinasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA –  Individu yang lengkap menerima suntikan dos kedua terus meningkat dengan 9,246,295 orang menerimanya setakat semalam.

Menerusi data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), jumlah itu bersamaan 39.5 peratus populasi dewasa di Malaysia.

Dalam pada itu, seramai 16,119,916 individu menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 atau 68.9 peratus dengan jumlah kumulatif keseluruhan pemberian dos vaksin adalah sebanyak 25,366,211 setakat 10 Ogos 2021, 11.59 malam.

Sehingga kini, Lembah Klang terus merekodkan pemberian vaksin dos pertama bagi populasi dewasa melebihi 100 peratus, dengan 102.1 peratus dilaporkan semalam.

Ia membabitkan sejumlah 6,292,579 individu menerima suntikan dos pertama, manakala sejumlah 3,439,272 individu menerima suntikan dos kedua atau bersamaan 55.8 peratus.

Advertisements

Sabah masih merekodkan pemberian vaksin dos pertama bagi populasi dewasa kurang daripada 50 peratus dan merupakan yang terendah dengan 42.0 peratus atau sejumlah 1,158,015 individu menerima dos pertama.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata, semalam sahaja, sebanyak 357,981 dos pemberian harian vaksin COVID-19 diberikan kepada penerima.

“Daripada jumlah itu, seramai 160,320 individu telah menerima suntikan dos pertama, manakala seramai 197,661 individu menerima dos kedua, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,”katanya.

Dalam pada itu, Selangor terus mencatatkan pemberian dos vaksin harian tertinggi dengan sebanyak 22,293 diberikan kepada penerima untuk dos pertama, manakala sejumlah 80,526 bagi dos kedua.

Diikuti, Kuala Lumpur dengan 9,543 bagi dos pertama, manakala sejumlah 43,873 bagi dos kedua dan Johor sebanyak 27,716 dos pertama, manakala sebanyak 23,059 dos kedua.- Edisi 9  

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan