25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pengemis mati tertiarap depan bank positif COVID-19

Mesti Baca

ALOR SETAR – Polis mengesahkan seorang pengemis wanita warga emas yang ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di hadapan sebuah bank di Lagenda Height, Sungai Petani, kelmarin positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzli Abu Shah berkata, pengemis berusia 63 tahun di premis itu dipercayai sering berada di kawasan kaki lima bank berkenaan untuk meminta sedekah.

“Mangsa sentiasa mengunjungi premis bank terbabit seawal pukul 9 pagi setiap hari.

“Saksi kejadian memaklumkan melihat mangsa ketika kejadian berada dalam keadaan tidak bermaya dan duduk di hadapan pintu masuk kiosk mesin pengeluaran wang (ATM).

Advertisements

“Secara tiba-tiba mangsa jatuh tertiarap dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, ujian calitan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, mengesahkan mangsa positif Covid-19.

Adzli menambah, polis dalam proses mengesan waris mangsa. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan