24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Datuk Bandar PBT direman bantu siasatan rasuah

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Seorang Datuk Bandar di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini direman selama tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah.

Memetik laporan BH Online, Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim, membenarkan perintah reman tiga hari itu selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, pegawai kanan kerajaan Johor berusia 60 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru, di sini, kira-kira pukul 9 pagi.

Semalam, SPRM Johor dilaporkan menahan pegawai kanan kerajaan berkenaan kira-kira pukul 3 petang di Pejabat SPRM Johor.

Advertisements

Beliau yang kini bertugas sebagai Datuk Bandar ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah yang sedang dijalankan ketika menjawat jawatan sama di sebuah lagi PBT di negeri ini.

Hasil siasatan awal dijalankan mendapati, suspek menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek yang dilaksanakan di bawah kendalian sebuah PBT sewaktu beliau menjadi Datuk Bandar di majlis bandar raya itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana yang tinggi dan penjara maksimum 20 tahun.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan