26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 18, 2022

Kain rentang desak Zahid berundur, Pemuda akan lapor polis

Mesti Baca

BAGAN DATUK – Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk akan membuat laporan polis berhubung beberapa kain rentang yang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai Presiden parti.

Ketuanya, Mohd Rizan Razali berkata, laporan polis itu akan dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap pihak yang bertanggungjawab menggantung kain rentang tersebut.

“Kita tidak pasti ini kerja siapa. Tindakan ini amat keterlaluan dan biadab yang sengaja dilakukan untuk mengaibkan Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk.

“Kami Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk akan membuat laporan polis hari ini bagi meminta pihak berkuasa menyiasat tindakan tersebut,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

Antara kain rentang tersebut berbunyi:

“Tindakan Zahid Hamidi bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan membawa UMNO ke lembah penderhakaan orang Melayu. No DAP, No Anwar.”

Kain rentang mendesak Zahid berundur sebagai Presiden UMNO yang digantung di Bagan Datuk, Perak hari ini. – Sumber: Sinar Harian

“Bukan perdana menteri yang perlu letak jawatan, tapi engkau yang kena letak jawatan sebab hilang sokongan. Poo**** Zahidd!!”

Mohd Rizan berkata, kain rentang tersebut dikesan digantung seawal jam 7.30 pagi di beberapa tempat sepanjang jalan dari Pekan Bagan Datuk hingga ke Hutan Melintang.

Baca juga:   Drama pecat memecat Bersatu jadi bahan jenaka

Katanya, Pemuda UMNO telah digerakkan ke seluruh kawasan untuk menurunkan kain rentang provokasi berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya yakin kain rentang tersebut akan digantung semula oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

Baca juga:   Pas junjung kasih kebijaksanaan Agong selesaikan kemelut

Katanya, setakat ini pihaknya tidak mengetahui motif tindakan menggantung kain rentang tersebut kerana hanya dibuat di Bagan Datuk.

Terkini

Sindiket pengedaran dadah antarabangsa guna krayon tumpas

TINDAKAN sindiket pengedaran dadah antarabangsa menyembunyikan dadah dalam peralatan mewarna krayon sebelum dihantar melalui syarikat kurier ke luar negara,...

Lagi Artikel Berkaitan