28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Azhar nafi maklum PM kerajaan tiada majoriti

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau telah memaklumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan pimpinannya sudah tiada majoriti.

Beliau merujuk kepada laporan Suara.TV hari ini yang bertajuk ‘Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen’.

“Saya menafikan laporan berita tersebut dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan.

“Berita tersebut adalah berita palsu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – EDISI 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan