24.4 C
Kuala Lumpur
Friday, October 7, 2022

Ku Li pemimpin ‘lapuk’ yang sudah hilang sentuhan

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh AZIZI SALIM

SEBETULNYA ramai rakan penulis menyatakan keyakinan bahawa Tengku Razaleigh Hamzah calon sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri konon kerana seorang tokoh yang dihormati kawan dan lawan.

Mempunyai darah bangsawan, sudah tentu boleh diterima oleh raja-raja Melayu. Bekas Menteri Kewangan yang hebat katanya ketika tahun-tahun 70-an dan 80-an dahulu serta mempunyai hubungan baik dengan pemimpin-pemimpin luar negara.

Penulis akui, dalam pengalaman beliau mempunyai sejarah panjang di peringkat tempatan mahupun luar negara, termasuk pernah mengetuai Bank Dunia dan IMF.

Namun hakikatnya, cerita-cerita kehebatan Tengku Razaleigh atau lebih mesra dipanggil Ku Li adalah kisah-kisah silam yang sudah menjadi sejarah peribadi atau politik negara.

Ku Li walaupun sudah menjadi Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974 lagi, mungkin paling lama dalam sejarah politik negara, namun beliau sudah banyak hilang sentuhan dalam Kabinet kerajaan.

Kali terakhir Ku Li berada dalam Kabinet adalah pada tahun 1987 dan selepas krisis UMNO pada 1988 sehingga dia membentuk parti Semangat 46, sejak itu nama Ku Li tenggelam dalam arena politik negara.

Lalu, apakah sekali lagi kita mahu bergantung harap kepada seorang pemimpin tua yang mempunyai pemikiran lapuk untuk mentadbir negara di era digital hari ini?

Tidak serikkah kita dengan 22 bulan dipimpin seorang pemimpin “purba” yang kemudian mengembalikan dasar-dasar lapuk yang sudah tidak relevan dengan harapan untuk menyelamatkan negara tetapi akhirnya menjadi “tikus membaiki labu?”

Cukup-cukuplah. Andai nama Ku Li berlegar sebagai calon kompromi untuk menggantikan nama Najib Razak dan Zahid Hamidi sekiranya ditolak Istana Negara, lupakanlah.

Baca juga:   Khaled nak ‘serang’ Muhyiddin biarlah berfakta, bukan auta
Baca juga:   15 kluster baharu, hanya 43 kes kategori 3, 4 dan 5

Kelak nanti akhirnya beliau hanyalah sekadar menjadi pak turut kepada kedua-dua pemimpon kluster mahkamah tersebut.

Negara kita sekarang berada dalam krisis pandemik COVID-19, takkan kita mahu mengangkat seorang Perdana Menteri dengan pengalamannya lapuk, lebih 34 tahun tidak pernah berada dalam Kabinet dan mentadbir?

Bahana kepada negara kalau beliau menjadi Perdana Menteri pada masa sekarang.

Ku Li juga tidak mengundi ketika Belanjawan 2021 dibentangkan yang jelas tindakannya membelakangi rakyat, tidak peduli langsung soal membantu rakyat.

Inilah anak raja yang sudah hilang sentuhan dan tiada idea baharu atau bernas melainkan hanya mahu jawatan Perdana Menteri.

Hakikatnya, dalam pemilihan UMNO 2018, Ku Li kalah teruk ketika bertanding sebagai Presiden, bermakna beliau sebetulnya sudah tidak diterima oleh akar umbi partinya sendiri.

Apakah orang seperti ini yang kita bergantung harap sebagai Perdana Menteri dan menyelesaikan krisis kesihatan serta ekonomi negara dalam waktu singkat dan segera?

Tua dan lama jadi Ahli Parlimen tidak bermakna bijaksana apatah lagi pada ketika ini. Andai Ku Li menjadi Perdana Menteri pun, beliau hanya sekadar menjadi boneka kepada Zahid dan Najib saja.

Lebih baiklah mengekalkan Perdana Menteri hari ini agar terus memimpin negara dan mengetua kerajaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

  • Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Wartawan

Terkini

‘Red Notice’ Jho Low: Polis siasat akaun twitter Borneoghost

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Twitter yang disyaki menyebarkan hantaran fitnah mengenai status...

Lagi Artikel Berkaitan